Monday 31 October 2011

Kebiadaban di Dunia Siber



Mengimbas kembali artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia yang ditulis oleh Dr. Rahmat Ghazali iaitu Kesan Kebiadaban di Dunia Siber. Kini, kebiadaban dunia siber semakin hari semakin menampakkan kesannya ekoran daripada penggunaan alatan telekomunikasi yang semakin canggih.
Penggunaan alam siber sebagai salah satu medium telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang menggunakan internet. Bagi mereka, internet merupakan salah satu alat untuk mereka melemparkan segala perasaan tidak puas hati untuk ditujukan kepada individu ataupun organisasi yang terlibat. Kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak kerajaan yang kerana kita tahu penggunaan internet pada hari ini tidak boleh disekat.
Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran: Dan katakanlah kepada hamba- hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik ( benar ) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka . Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu – (Al-Israk ayat 53)
Setiap yang berlaku mesti bersebab, para pengguna pada hari ini lebih berani menyalahgunakan kebebasan bersuara mereka melalui internet kerana Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah memberi kebebasan kepada mereka. Oleh itu, ramailah masyarakat yang tampil dengan ideologi-ideologi yang berunsurkan kritikan yang mampu mengugat sesiapa sahaja di negara kita. Para pengguna yang menyalahgunakan laman siber secara menyelewang tidak akan terlepas daripada Akta Fitnah, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Akta-akta ini mungkin akan menjadi lebih berkesan sekiranya Akta Komunikasi dipinda supaya pengguna laman siber ini tidak boleh mengkritik sesuka hati mengenai urusan yang berkaitan dengan kerajaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusya menjaga maruah negara dan tidak boleh sewenang-wenangnya mengkritik mana-mana pihak.
Seperti yang kita sedia maklum, kebebasan menggunakan internet ini sebenarnya memudahkan pengguna untuk berkongsi pendapat serta meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi maklumat yang boleh membuka minda serta meningkatkan tahap intelaktual pengguna. Ini merupakan salah satu cara yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat, namun telah disalahgunakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perkara-perkara seperti ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan Gagasan 1 Malaysia yang mana bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara kita. Tetapi, telah disalahgunakan kerana segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencaci, marah dan menghina antara satu sama lain melalui laman siber ini.
Masalah ini semakin hari semakin meruncing dan boleh dikategorikan sebagai ‘penyakit internet’. Mungkin juga merupakan salah satu faktor mengapa perbalahan antara kaum sering berlaku di negara ini. Laman sosial yang sepatutnya digunakan untuk bersosial telah disalahgunakan. Mengapa ia berlaku? Siapakah yang perlu dipersalahkan?  Tepuklah dada tanyalah iman.  

No comments:

Post a Comment